Khamis, 8 Disember 2011

Benarkah pemerintah Malaysia mahu menjadikan Kadal Air sebagai saingan kepada Komodo sebagai salah 1 dari 7 Keajaiban Dunia?


JAWABANNYA: Tidak Benar. berita Ini hanya di sensasikan di Indonesia kerana di Malaysia, pemerintah Malaysia tidak menyertai pertandingan memilih 7 keajaiban dunia yang baru. Ini mungkin kerana sesetengah pihak berhasrat mahu menarik lebih ramai orang untuk vote komodo dengan menggunakan nama Malaysia untuk menaikkan semangat nasionalisme.

Yang kedua... apa itu kadal air? 100% rakyat Malaysia tidak memanggil ia dengan panggilan kadal air. Kami memanggilnya biawak. Biawak ini ada dimana mana. Adalah sesuatu yang memalukan jika Pemerintah Malaysia mahu menjadikan biawak ini sebagai saingan kepada Komodo kerana Komodo adalah komodo, satu satunya spesis yang hanya terdapat di pulau komodo Indonesia dan tidak terdapat di mana mana, manakala biawak ini boleh ditemui dengan mudah. Jika dibaca daripada blog yang saya letak di atas itu, sudah jelas tidak menyebut mengenai 7 keajaiban dunia baru.

Pemerintah di Melaka berinsipirasi daripada tarikan biawak komodo terhadap sektor perlancongan (tourist) untuk menambah sumber pendapatan. Itu sahaja. Berita sebenar yang dipaparkan di media Malaysia adalah pemerintah Melaka berhasrat mahu menjadikan biawak di Kampung Morten, Melaka sebagai tarikan terbaru pelancong yang mengunjungi Melaka. Ini kerana ramai pelancong asing (tourist) yang datang ke sana terperanjat melihat spesies biawak yang jarang mereka temui di tempat mereka. Maka dari situ timbul idea untuk mewujudkan tempat tersebut sebagai daya tarikan pelancong (pariwisata terbaru). Tidak ada yang menyebut mengenai contest 7 keajaiban terbaru. Ini sama juga dengan usaha pemerintah Terengganu mahu menjadikan Terengganu sebagai pusat pemeliharaan Penyu dan negeri Sabah sebagai pusat pemeliharaan Orang Utan di Sepilok. Tidak ada kena mengena dengan 7 keajaiban terbaru.

Saya mencari cari juga berita yang dimaksudkan dan sukar menemuinya di media Malaysia. Akhirnya saya menemui mengenai berita biawak itu di blog ini.
Ini dijelaskan sendiri oleh media Indonesia yang berkunjung ke Malaysia untuk mencari bukti kalau pemerintah Malaysia berniat mahu menyaingi komodo Indonesia. Jadi usah ikut terprovokosi. Bagi kami rakyat Malaysia, kami turut mendukung usaha kalian kerana jika biawak Komodo terpilih, kami akan turut berbangga.

Salam hormat dari kami, rakyat Malaysia.
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

IP Anda

IP

Arkib Blog

Flag visitor

 

Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya | Hak Cipta Terpelihara 2010-2012 | 'Like' MISS@Facebook | 'Follow' MISS_Season4@Twitter