Selasa, 13 Disember 2011

Siapakah yang gambarnya tertera di mata wang Ringgit Malaysia?


Pada mata uang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dari Negri Sembilan. Yang Di-Pertuan Agong adalah gelaran bagi Raja Malaysia.

Jawatan ini di gilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negri Melayu. Malaysia telah melakukan pemilihan raja sejak merdeka pada tahun 1957. Dalam tatanan unik, raja di pilih oleh dan digilir diantara para raja dan sultan dari sembilan negri bahagian di Malaysia yang masih dipimpin oleh Raja (Sultan).

Malaysia adalah sebuah negara raja berperlembagaan. Raja adalah ketua negara tetapi pemerintah ditadbir oleh seorang Perdana Mentri yang dipilih melalui sistem Demokrasi (pemilu pilihan raya).

Lantas, siapakah Tuanku Abdul Rahman ini? Beliau adalah yang Di-Pertuan Besar Negri Sembilan (bertaraf Sultan atau Raja) dari tahun 1933-1960. Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dihuni oleh suku Minangkabau semenjak abad ke-15 dan dinaungi oleh kerajaan Melaka pada masa itu.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.

Raja Pagaruyung
menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata uang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.

Untuk mengetahui silsilah Raja Pagaruyung dan Negri sembilan, silahkan Klik di sini.

Apa yang hendak saya sampaikan adalah sempadan politik mungkin memisahkan kita, tetapi tidak dengan pertalian darah antara kita. Lupakan yang lalu, jangan ulangi kesalahan lama. Mari bersama kita menjadi pahlawan perdamaian. As Salam!

- Oleh Admin Laksa
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

IP Anda

IP

Arkib Blog

Flag visitor

 

Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya | Hak Cipta Terpelihara 2010-2012 | 'Like' MISS@Facebook | 'Follow' MISS_Season4@Twitter