Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan

Ahad, 8 Januari 2012

Asal suku Betawi di Jakarta, Indonesia


Artikel mengenai suku betawi oleh Stellonika Elan Tumiwang. Mantap artikelnya walaupun ringkas.

Kawasan
Kampung Melayu, Jakarta Timur. Sebuah daerah yang dibuka oleh para pendatang Melayu dari Semenanjung Malaya (Malaka dan Patani) pada pertengahan abad ke-17 dengan pemimpinnya yang terkenal, Kapten Wan Abdul Bagus. Pada zamannya ia terkenal sebagai orang yang cerdas sehingga sangat disenangi Belanda. Ia membaktikan dirinya sebagai juru tulis dan penerjemah Belanda yang juga pandai bernegosiasi. Kepopulerannya mulai luntur ketika Belanda memerintahkan seorang Indo-Belanda, Cornelis Senen untuk membuka lebih luas kawasan Kampung Melayu.

Khawatir
akan terjadi konflik dengan Cornelis Senen, Belanda mengutus Wan Abdul Bagus ke Sumatra Barat sebagai Regeringscommisaris (Ambassador) VOC Belanda dengan perjanjian akan memberikan tanah yang lebih luas kepada etnis Melayu di Batavia. Saat Wan Abdul Bagus di Sumatra Barat, Cornelis Senen makin memperluas wilayahnya hingga membuat wilayah Kampung Melayu semakin sempit. Puncaknya terjadi ketika Cornelis Senen memproklamirkan daerah baru bernama ‘Mester’ (Jatinegara) yang wilayahnya sangat luas.

 Wan Abdul Bagus
wafat pada tahun 1716, meninggalkan warisan tanah yang sangat luas. Sepeninggalnya, etnis Melayu di Kampung Melayu berdiaspora dan berasimilasi dengan etnis pendatang baru lainnya seperti etnis Bali, Maluku, Manggarai, Tionghoa, Jawa, Arab, Sunda, bahkan Eropa dan menghasilkan akulturasi/budaya baru yaitu “SUKU BETAWI”, suku asli kota Jakarta. Jadi jangan heran kalau ada kata serapan Melayu dalam bahasa Betawi seperti ‘Encik’ yang menjadi Encang/Encing dan kata ‘Abang’ yang notabene bahasa Melayu. Dan jangan heran juga sampai ada kue lopis, nasi uduk, dan laksa Betawi di Batavia.


- Oleh Stellonika Elan Tumiwang
 ^_^
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

Rabu, 21 Disember 2011

Kisah Cinta Setanding Shah Jehan dan Mumtaz


Siapa bilang kita tiada kisah cinta sehebat Shah Jehan dan Mumtaz?

Mungkin tidak ramai yang tahu, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Aceh (ejaan Acheh di Malaysia) yang berkuasa dari tahun 1607 sampai 1636 telah mengahwini seorang Puteri Raja dari Pahang, sebuah negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.

Sultan Iskandar Muda, Sultan Aceh yang terkenal ini bukan sahaja dikenali di Indonesia, tetapi turut dikenali di Malaysia kerana namanya juga di muatkan dalam buku teks sejarah di sekolah sebagai salah seorang pemimpin yang sering menggagalkan usaha Portugis untuk menakluki Kepulauan Melayu.

Lantas, siapakah Puteri Raja Pahang yang dikahwininya?


Puteri Raja tersebut ialah Puteri Kamaliah. Puteri Kamaliah bukan sahaja cantik malah terkenal dengan kebijaksanaanya seperti kata pepatah Aceh:

Adat bak Poe Teumeureuhom
Hukom bak Syiah Kuala
Qanun bak Putroe Phang
Reusam bak Laksamana

Artinya:

Adat pada Marhum Mahkota Alam
Hukum pada Syiah Kuala
Kanun pada Puteri Pahang
Resam pada Laksamana

Kanun adalah perkara berkaitan undang-undang. Jelas difahami bahawa Puteri Kamaliah (Putroe Phang) adalah tempat di mana masyarakat Aceh meminta nasihat berkenaan perundangan.

Oleh kerana rindunya Putroe Phang kepada tanah airnya iaitu negeri Pahang, Sultan Iskandar Muda telah membina sebuah taman berbentuk gunung-ganang kerana negeri Pahang terkenal dengan Banjaran Tanah Tinggi yang bergunung-ganang. Putroe Phang amat menyukai taman ini dan sering bermain main bersama dayang-dayangnya di sini. Ini adalah bukti betapa besarnya cinta Sultan Iskandar Muda kepada isterinya.

Taman itu dikenali sebagai Gunongan dan masih berdiri hingga ke hari ini dan menjadi daya tarikan perlancongan di Banda Aceh. Walaupun Aceh kini sudah tidak lagi mempunyai Sultan. Waris mereka masih ada.

Pada 31 Mac 2011, Permaisuri Negeri Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar Al-Haj dan rombongannya telah berkunjung ke Aceh bertemu dengan waris dari Sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud Syah iaitu Tuanku Raja Yusuf Bin Tuanku Raja Ibrahim Bin Sultan Mahammad Daud Syah di ruang pertemuan sebuah hotel. Keduanya kemudian kembali membahas sejarah dan hubungan mesra yang sempat terjalin antara Pahang dengan Aceh.

Pertemuan ini sangat emosional. Saya(penulis) yang dilahirkan di negeri Pahang tidak akan lupa jasa jasa Sultan Iskandar Muda dalam membebaskan Pahang dan sebahagian negeri di Semenanjung dari perluasan dan kerakusan Portugis yang sudah pun menakluki Melaka dalam genggaman mereka.

Bacaan lanjut mengenai pertemuan keluarga di Raja Pahang dan Aceh Klik di sini.

- Oleh Admin Laksa
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

Khamis, 15 Disember 2011

Konflik Indonesia-Malaysia, di mana Silapnya?


Mengapa Yahudi Tidak Suka Indonesia dan Malaysia Bersatu? Pandangan blogger Indonesia.

Indonesia tidak akan bertolenrasi terhadap tindakan negara lain yang mengancam kedaulatan, termasuk melanggar tapal batas sempadan. ”Tidak ada kompromi soal kedaulatan,” kata Juru Bicara Kepresidenan Julian Aldrin Pasha, Selasa (11/10/2011).

Hubungan Indonesia kembali panas. Setelah kian kali, dua Negara serumpun-seakidah ini kembali diapikan persoalan nasionalisme yang sama sekali tidak diajar oleh para ulama Melayu di masa lalu.

Kesnya sederhana, namun ianya amat luar biasa bagi kaum nasionalis, yakni permasalahan tapal batas Camar Bulan di Sambas yang diduga telah dicaplok (dirampas) Malaysia.

Kita harus membuka mata bahwa konflik antara Malaysia dan Indonesia ini tidak terjadi dengan sendirinya. Ada unsur-unsur pemicu api yang menimbulkan asap besar. Pertanyaannya siapakah pemetik api itu? Umat Muslim? Bukan, karena kita semua hanya korban.

Pakar Melayu, Prof. Dr. Dato’ Nik Anuar Nik Mahmud dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan bahwa ada intervensi pihak luar di balik perseteruan kedua Negara serumpun muslim ini.

Dalam cacatan buku Thomas Raffles disebutkan, Barat harus memastikan bahwa alam Melayu ini lemah. Untuk melemahkan, Raffles mengusulkan dua buah strategi.

Pertama, imigran-imigran asing dibawa masuk ke Malaya supaya kawasan ini tidak menjadi kawasan Melayu, melainkan majmuk (dibawa orang-orang China dan India).

Kedua, pastikan bahwa raja-raja Melayu di Semenanjung, Sumatera, Jawa dan sebagainya, tidak mengambil para ulama Arab menjadi penasihat mereka. Tujuan mereka memang untuk memisahkan Arab dengan Melayu.

Bersatunya antara Malaysia dan Indonesia bakal membentuk Imperium Islam Melayu inilah yang sangat ditakuti oleh Zionisme.


Mereka sedar Melayu adalah potensi kuat dalam kebangkitan Islam dari tenggara Asia, maka jalur ini harus dihabisi, apapun caranya.

Pengalaman bangsa Indonesia pula yang kerap dan mudah diadu domba adalah kunci yang selalu mereka pegang saat zaman Devide Et Impera.

Kita harus faham, Thomas Stamford Raffles sendiri adalah seorang Freemason. Menurut Th Stevens dalam bukunya Tarekat Mason Bebas, pada tahun 1813 Raffles dilantik sebagai mason bebas di bantara “Virtutis et Artis Amici”. “Virtus” merupakan suatu bantara sementara di perkebunan Pondok Gede di Bogor.

Perkebunan itu dimiliki Wakil Suhu Agung Nicolaas Engelhard. Di situ Raffles dinaikkan pangkat menjadi ahli (gezel), dan hanya sebulan kemudian dinaikkan menjadi meester (suhu) di loge “De Vriendschap” di Surabaya.

Raffles pula yang mendirikan Singapura moden yang kini menjadi pangkalan Israel di Asia Tenggara. Agen-agen zionis melalui Singapura adalah penghasut sebenarnya dalam mengeruhkan hubungan sesama muslim Melayu.

Kebanyakan koruptor Indonesia bermukim di Singapura setelah merompak wang hasil keringat anak-anak Indonesia dan rakyat jelata.

Singapura adalah sekutu zionis. Mereka tidak mau menandatangani perjanjian extradisi dengan Indonesia semata-mata melindungi koruptor ini karena mereka bawa banyak wang ke Singapura.

Untuk mengalihkan isu ini dari masyarakat Indonesia, mereka akan cuba mencari isu supaya masyarakat Indonesia lebih fokus pada isu yang mereka cipta.

Maka diwujudkanlah isu sekarang, konfrontasi Malaysia-Indonesia. Melalui media sekular di dua negara ini, mereka terus berusaha agar rumpun Melayu bangga akan identiti negara masing-masing.

Yakinlah, jika umat muslim Melayu tidak kembali ke ajaran Islam sejati, ia akan memberi ruang kepada nasionalisme memberhalakan bangsa. Benih permusuhan itu akan selalu muncul, walau kedua Negara itu makmur dan sama-sama beragama Islam.


Maka itu, bersatulah bangsa Melayu. Bersatulah di atas Panji Islam yang akan membuka jalan tegaknya daulah ini di tanah perjuangan kita, Tanah Melayu Darussalam.

- Artikel Nuur Islami

Kenapa Indonesia dan Malaysia sahaja berkrisis sementara Singapura sentiasa aman tenteram malah menjadi kuasa ekonomi terunggul di Asia Tenggara? Selain Singapura melaksanakan peranannya, tahukah anda bahawa kita juga mempunyai beberapa wajah yang sering hadir menambah keruh yang wujud? Inilah yang dikatakan permainan catur Yahudi. Kita semua menjadi buah caturnya. Kita yang akan mati berlawan sesama sendiri. Sementara pemainnya hanya memandang dengan penuh nafsu.

Sentiasa sahaja diketengahkan isu demi isu untuk melaga-lagakan kedua negara serumpun ini. Sehinggakan acara sukan juga tidak terlepas dari siraman racun mereka. Kebencian ini semakin membuak di negara tetangga kita Indonesia. Nasib baik rakyat negara ini masih bertenang. Keadaan ini tidak merebak ke Malaysia walaupun ada cubaan untuk itu dilakukan.


Satu keanehan berlaku, mengapa warga Indonesia hanya menjadikan "kaum Melayu" Malaysia sebagai musuh, bukannya semua rakyat negara ini? Terkeluar dari mulut mereka perkataan-perkataan yang menyakitkan seperti "malaysial", "malingsia" dan sebagainya. Pernahkah kita dengar mereka menghina dan merendahkan bangsa lain terutamanya Cina di Malaysia? Apa maksud ini semua? Jika membenci Malaysia, sepatutnya membenci keseluruhan rakyat negara ini bukan hanya Melayu.

Kalangan yang menjadi kumpulan pendesak dan sering melakukan kempen mengganyang Malaysia ialah para Kristianis Indonesia dan kumpulan Islam Liberal Indonesia. Siapakah mereka sebenarnya? Siapa pula yang membawa fahaman Islam Liberal di Malaysia? Siapa pula penganut Kristian terbesar di Malaysia? Apakah pegangan politik kumpulan ini? Anda mungkin ada jawapannya.

- Ulasan Abatasa 2
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

Selasa, 13 Disember 2011

Siapakah yang gambarnya tertera di mata wang Ringgit Malaysia?


Pada mata uang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dari Negri Sembilan. Yang Di-Pertuan Agong adalah gelaran bagi Raja Malaysia.

Jawatan ini di gilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negri Melayu. Malaysia telah melakukan pemilihan raja sejak merdeka pada tahun 1957. Dalam tatanan unik, raja di pilih oleh dan digilir diantara para raja dan sultan dari sembilan negri bahagian di Malaysia yang masih dipimpin oleh Raja (Sultan).

Malaysia adalah sebuah negara raja berperlembagaan. Raja adalah ketua negara tetapi pemerintah ditadbir oleh seorang Perdana Mentri yang dipilih melalui sistem Demokrasi (pemilu pilihan raya).

Lantas, siapakah Tuanku Abdul Rahman ini? Beliau adalah yang Di-Pertuan Besar Negri Sembilan (bertaraf Sultan atau Raja) dari tahun 1933-1960. Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dihuni oleh suku Minangkabau semenjak abad ke-15 dan dinaungi oleh kerajaan Melaka pada masa itu.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.

Raja Pagaruyung
menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata uang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.

Untuk mengetahui silsilah Raja Pagaruyung dan Negri sembilan, silahkan Klik di sini.

Apa yang hendak saya sampaikan adalah sempadan politik mungkin memisahkan kita, tetapi tidak dengan pertalian darah antara kita. Lupakan yang lalu, jangan ulangi kesalahan lama. Mari bersama kita menjadi pahlawan perdamaian. As Salam!

- Oleh Admin Laksa
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

Ahad, 11 Disember 2011

Kenapa Ada Batik di Malaysia?


Sesuai dengan judul di atas, saya ingin menulis tentang batik di Malaysia dan juga permasalahan yang sedang hangat saat ini, apalagi tentang klaim.

Ada batik di Malaysia Hal ini di karenakan kedatangan orang Jawa di Semenanjung Malaysia pada tahun 1900-an, yang banyak menetap di Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sejarah mencatat orang Jawa hijrah ke Semenanjung Malaysia dengan jumlah populasi yang cukup besar dan mereka tetap menggunakan tradisi & budaya leluhur Jawa di Tanah Melayu hingga saat ini.

Hubungan sosial ini menciptakan campuran budaya Melayu & Jawa di Malaysia, khususnya dalam corak kain batik dan gambar di samping adalah corak Batik Malaysia.

Orang Jawa tidak hanya di Indonesia, tetapi ada hampir di seluruh negara. Tidak ada salahnya jika melestarikan budaya leluhur di manapun berada. Untuk lebih jelasnya silahkan klik di sini.

Karena orang Jawa telah melebur sebagai Pribumi di Malaysia selama bertahun-tahun dan menjadi warga Malaysia, mereka terus berusaha di berbagai bidang dengan tujuan kesetabilan Malaysia.

Konsepnya, "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
" dan banyak kampung-kampung orang Jawa di Malaysia khususnya di daerah negeri Selangor, terutama di daerah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Banting dan Sepang.

Malaysia mengakui bahwa batik berasal dari Indonesia, yang kemudian dibawa oleh orang Jawa ke Tanah Melayu. Pemerintah Malaysia hanya mempromosikan budaya yang ada di negara mereka, promosi dan klaim adalah 2 hal yang berbeda.
Masalah tentang batik ini sangat lah rumit padahal sudah di jelaskan bahwa Malaysia tidak pernah klaim tapi hanya mempromosikan.
Padahal batik di akui UNESCO dengan status "Master pieces of the oral and intangible Heritage Of Humanity" yang merupakan warisan kemanusia'an untuk budaya Lisan & Nonbendawi yang artinya Batik adalah warisan dunia yang berasal dari Jawa-Indonesia, seluruh dunia berhak memiliki batik dan menggunakannya.

Batik di Indonesia tidak mendapat status Hak Paten & Hak Milik dari UNESCO, sehingga setiap negara yang memiliki bangsa Jawa berhak untuk mempromosikannya. Semoga dapat di pahami bersama.


Selain Malaysia, batik juga dipromosikan oleh China, Mesir, Senegal dan Negara Afrika dengan corak bangsa masing-masing.

- Oleh Admin Abang

AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

Sabtu, 10 Disember 2011

Adakah suku Melayu di Indonesia sama dengan suku Melayu di Malaysia?


JAWABAN: Di Malaysia tidak ada yang dinamakan suku Melayu. Di sini kami dipanggil bangsa Melayu. Definisi Melayu di Malaysia dan Indonesia sangat berbeda. Di Indonesia, suku Melayu adalah salah satu dari banyak suku suku yang membentuk Bangsa Indonesia. Suku Melayu itu Melayu, suku Jawa itu Jawa, suku Minang itu Minang. Tidak sama.

Di Malaysia, Bangsa Melayu terdiri daripada suku Jawa, suku Banjar, suku Mandahiling, suku Bugis, suku Melayu, suku Minang, Melayu Patani, Melayu Champa, Melayu Kedah, Melayu Pahang, Melayu Kelantan, Melayu Sarawak dan semua suku suku yang mengamalkan cara hidup Melayu, berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama ISLAM.

Justru itulah, kita dapat lihat selain daripada Melayu Anak Negeri seperti Melayu Kedah, Melayu Kelantan, Melayu Pahang dan sebagainya yang memang berasal dari tanah Semenanjung, kumpulan-kumpulan "Melayu Anak Dagang" yang berasal dari seluruh kepulauan Nusantara tetapi berhijrah ke Semenanjung seperti Jawa, Bugis, Rawa, Minang, Acheh, dan sebagainya juga dipanggil sebagai ‘Melayu’. Namun begitu, disebabkan Perlembagaan di Malaysia telah mengikat Melayu itu mesti beragama Islam, maka beberapa rumpun Melayu lain seperti Orang Asli (aborigine people), Melanau, Iban, Dusun, dan sebagainya tidak ditakrifkan sebagai ‘Melayu’ di Malaysia.

Sebenarnya, definisi "BANGSA MELAYU" atau Rumpun melayu itu lebih luas daripada itu. (BANGSA Melayu itu berbeda dengan SUKU Melayu).BANGSA Melayu adalah nama lain bagi AUSTRONESIA dan merupakan Sub Bangsa kepada Mongoloid (Mongolia, China, Jepun, Korea dan sebagainya).

Menurut Saintis Jerman, Johann Friedrich Blumenbach (1752–1840), The Malay Race ini adalah bangsa rumpun Melayu yang menghuni kawasan yang dikenali sebagai "Malay Archipelago" atau Nusantara yang terdiri dari Nalambi di Madagascar membawa ke negara Indonesia, Malaysia, Filipin
a, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand, sehingga ke Kepulauan Pasifik seperti Fiji, Samoa, Tahiti dan Hawaii.

Malah bangsa Melayu pernah membentuk kerajaan yang kuat di Kemboja (Kerajaan Melayu Champa) dan Patani di Selatan Thailand.

Bahasa Tagalog
iaitu bahasa rasmi di Filipina juga mempunyai banyak suku kata yang sama dengan bahasa Melayu. Malah, pejuang kemerdekaannya yang terkenal iaitu Jose Rizal dikenali sebagai "Pride of a Malay Race".

Malah beberapa patah perkataan Hawaii turut mengandungi perkataan yang sama dengan bahasa induk Melayu seperti contoh lua (2), lima (5), ono (6).

Secara kesimpulan, dari beberapa penerangan di atas, definisi "Melayu" secara jeneral terbahagi kepada 3 iaitu:

1) Rumpun Melayu. Semua orang Austronesia termasuk dalam rumpun Melayu iaitu suku Banjar, suku Jawa, suku Melayu, Melayu Malaysia, Filipina, Champa, Pa
tani (tidak termasuk orang Vietnam dan Siam), dan lain lain. Orang Siam (bukan Patani) dan Vietnam tidak dikategorikan dalam kumpulan ini kerana budaya, adat istiadat dan perwatakan mereka lebih mirip kepada IndoChina.

2) Bangsa Melayu Malaysia (yang beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu). Orang Jawa, Sunda, Patani, Minang, B
ugis, Melayu Pahang dan semua suku asal Nusantara yang beragama Islam termasuk dalam golongan ini sekaligus orang Filipina yang beragama Kristian dan orang Bali yang beragama Hindu tidak termasuk dalam kategori ini.

3) Suku Melayu. (suku Melayu yang menghuni Jambi, Riau, Bengkulu, Sumate
ra, Pontianak dan lain lain suku Melayu di Indonesia).

Jadi usah keliru jika teman teman Indonesia mendapati budaya milik suku Jawa, Minang, Aceh dan sebagainya turut dilestarikan di Malaysia kerana di sini memang wujud ramai sekali suku Jawa, Bugis, Aceh, Minang dan sebagainya.

Bedanya, di Malaysia, mereka di kenali sebagai "Bangsa Melayu" atas sebab sebab politik dan penyatuan saudara.

- Oleh Admin Laksa
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

IP Anda

IP

Arkib Blog

Flag visitor

 

Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya | Hak Cipta Terpelihara 2010-2012 | 'Like' MISS@Facebook | 'Follow' MISS_Season4@Twitter