Jumaat, 20 Januari 2012

Logo dan Design T-Shirt Official MISS 2012


Logo Official MISS 2012 adalah seperti berikut:
DOWNLOAD Logo  Official MISS yang Asli/Original dalam format .PNG

Manakala berikut ialah design terbaru kaos ataupun
T-Shirt Official MISS bagi tahun 2012:
DOWNLOAD Design Asli/Original T-Shirt Official MISS 2012 dalam format .PNG

"Ini adalah design T-Shirt yang paling murah bisa kami design kan demi MISS"
- Oleh All_Admins
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

Ahad, 8 Januari 2012

Asal suku Betawi di Jakarta, Indonesia


Artikel mengenai suku betawi oleh Stellonika Elan Tumiwang. Mantap artikelnya walaupun ringkas.

Kawasan
Kampung Melayu, Jakarta Timur. Sebuah daerah yang dibuka oleh para pendatang Melayu dari Semenanjung Malaya (Malaka dan Patani) pada pertengahan abad ke-17 dengan pemimpinnya yang terkenal, Kapten Wan Abdul Bagus. Pada zamannya ia terkenal sebagai orang yang cerdas sehingga sangat disenangi Belanda. Ia membaktikan dirinya sebagai juru tulis dan penerjemah Belanda yang juga pandai bernegosiasi. Kepopulerannya mulai luntur ketika Belanda memerintahkan seorang Indo-Belanda, Cornelis Senen untuk membuka lebih luas kawasan Kampung Melayu.

Khawatir
akan terjadi konflik dengan Cornelis Senen, Belanda mengutus Wan Abdul Bagus ke Sumatra Barat sebagai Regeringscommisaris (Ambassador) VOC Belanda dengan perjanjian akan memberikan tanah yang lebih luas kepada etnis Melayu di Batavia. Saat Wan Abdul Bagus di Sumatra Barat, Cornelis Senen makin memperluas wilayahnya hingga membuat wilayah Kampung Melayu semakin sempit. Puncaknya terjadi ketika Cornelis Senen memproklamirkan daerah baru bernama ‘Mester’ (Jatinegara) yang wilayahnya sangat luas.

 Wan Abdul Bagus
wafat pada tahun 1716, meninggalkan warisan tanah yang sangat luas. Sepeninggalnya, etnis Melayu di Kampung Melayu berdiaspora dan berasimilasi dengan etnis pendatang baru lainnya seperti etnis Bali, Maluku, Manggarai, Tionghoa, Jawa, Arab, Sunda, bahkan Eropa dan menghasilkan akulturasi/budaya baru yaitu “SUKU BETAWI”, suku asli kota Jakarta. Jadi jangan heran kalau ada kata serapan Melayu dalam bahasa Betawi seperti ‘Encik’ yang menjadi Encang/Encing dan kata ‘Abang’ yang notabene bahasa Melayu. Dan jangan heran juga sampai ada kue lopis, nasi uduk, dan laksa Betawi di Batavia.


- Oleh Stellonika Elan Tumiwang
 ^_^
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

Khamis, 5 Januari 2012

Permasalahan Perkataan "INDON"


Perkataan "Indon" yang diungkapkan oleh warganegara Malaysia untuk merujuk kepada orang Indonesia telah menimbulkan pertikaian yang bukan sedikit kesannya terhadap perhubungan antara dua negara. Moga-moga dengan artikel ini dapat merungkai apa yang sebenarnya berlaku.

Asal-Usul Nama "Indonesia"

Bangsa-bangsa Eropah menganggap Kepulauan Melayu dan sekitarnya adalah Kepulauan India atau Hindia Timur. Menyedari bahawa panggilan Hindia itu tidak tepat, maka seorang ahli etnologi bangsa Inggris, George Samuel Windsor Earl (1813-1865) mengajukan dua pilihan nama iaitu Malayunesia atau Indunesia (Nesos dalam bahasa Yunani bermaksud pulau) dalam artikelnya yang dimuat dalam majalah ilmiah tahunan, Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia edisi tahun 1850.

Akhirnya nama Indonesia (yang berasal dari Indunesia) dipilih dan digunakan oleh James Richardson Logan seorang sarjana hukum juga dalam majalah yang sama dan semenjak itu nama Indonesia digunakan dengan meluas dan akhirnya dinobatkan sebagai nama tanah air, bangsa, dan bahasa pada rapat umum pemuda dan pemudi Indonesia tanggal 28 Oktober 1928, yang kini dikenali dengan sebutan Sumpah Pemuda.

Asal-usul Penggunaan Nama "Indon" di Malaysia

Pada pertengahan tahun 1980-an, Malaysia mengalami kepesatan pembangunan dan ekonomi sehingga mengalami masalah kekurangan tenaga kerja terutama di sektor pembinaan. Untuk mengatasi masalah itu, ramai tenaga kerja dari Indonesia (TKI) dibawa masuk untuk mengisi kekosongan tersebut.

Apabila ditanya oleh rakyat Malaysia mengenai asal mereka, TKI ini akan menyebut yang mereka berasal dari "Indon" dan dari situlah perkataan itu mula meluas digunakan. Pada waktu itu, hubungan Malaysia dan Indonesia masih belum memanas dan perkataan ini masih belum menjadi kontroversi sehingga ia benar-benar lekat di lidah orang Malaysia.

Perkataan ini menjadi sangat popular digunakan kerana orang Malaysia umumnya amat gemar memendekkan perkataan semasa mereka berbual. Contoh lain ialah:

1) Bangladesh - Bangla
2) dekat - kat
3) macam - cam
4) Malaysia - Mesia

dan lain-lain lagi. Ia langsung tidak membawa apa-apa maksud selain dari itu.

Kalau begitu, Kenapa tak digunakan "INDO"?

Perkataan Indo agak asing di telinga dan sebutan lidah orang-orang Malaysia kerana ia mirip dengan sebutan perkataan "Hindu" yang merujuk kepada agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat India di Malaysia.

Walaupun begitu, jika perkataan ini terus digunakan dari masa ke semasa untuk menggantikan perkataan "Indon", lambat-laun ia pasti akan lekat di telinga dan lidah orang Malaysia.

Kenapa perkataan "Indon" tidak boleh digunakan?

Panggilan "Indon" itu bermaksud budak suruhan asal Indonesia. Panggilan ini tidak disenangi kerana sebutannya juga amat janggal dalam kebiasaan sebutan bahasa Indonesia/ dialek Jawa. Panggilan Indon dirasakan satu penghinaan dan menjatuhkan maruah bangsa Indonesia.


*Orang Malaysia memangil Pembantu Rumah sebagai "Bibik" dan bukannya "Indon"


Jadi apa Penyelesaiannya?


"Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina), dan jangan pula perempuan-perempuan (menghina) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dihina) lebih baik dari perempuan (yang menghina).
Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk..." [Al-Hujurat 49: 11]

Islam
sudah menunjukkan panduan dan penyelesaian kepada kita. Panggillah nama saudara kita dengan nama yang baik dan mereka sukai. Untuk itu, mari sama-sama kita menggantikan perkataan "Indon" kepada panggilan bersesuaian seperti RI, INA, INDO atau Indonesia. Mungkin masih ramai yang menggunakan perkataan "Indon" kerana ia sudah sebati dengan lidah mereka dan mereka tiada niat menghina. Oleh itu, maafkanlah mereka dan katakan pada mereka, panggillah dengan nama bersesuaian. Lama-kelamaan, InsyaAllah perkataan itu akan ditinggalkan.
Sila rujuk gambar di bawah untuk panggilan yang lebih tepat.


Sumber Gambar: Cikgu Azzudin Berkata
- Oleh Admin Laksa
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

Ahad, 1 Januari 2012

Sejarah Laman "Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya"



"Malaysia - Indonesia Sahabat Selamanya". Itulah nama page perdamaian serumpun paling aktif dan fenomenal di Facebook. Namun, tahukah kalian ada sejarah disebaliknya? Kenapa ia bermusim (season)? Kapan ia ditubuhkan? dan siapa pula pengasasnya?

Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya atau singkatannya MISS telah dicipta pada 1 Oktober 2010 di laman sosial Facebook. Pada masa itu, nama halaman (page) tersebut ialah "Malaysia dan Indonesia Sahabat Selamanya". Namanya berubah mengikut musim karena permasalahan page fake "MISS".

Page tersebut dicipta oleh seorang anak muda Malaysia ketika beliau berumur 17 tahun pada tahun 2010. Beliau berketurunan campuran. Bapanya berketurunan Melayu (Perak) dan Jawa dan ada sedikit campuran darah Maindailing. Manakala, ibunya pula berketurunan Melayu Borneo Utara (Labuan, Sabah, Brunei dan Sarawak) serta ada sedikit campuran darah Cina dan India. Walaubagaimanapun, Pengasas MISS lebih kepada Melayu-Jawa dan bisa berbahasa seperti "Orang Labuan". Hal ini karena generasi akhir keluarganya adalah Melayu-Jawa (Bapanya) dan Labuan (Ibu). Namun, Pengasas MISS sendiri tidak bisa berbahasa Jawa. Hal ini karena sejarah bapanya dulu adalah anak yatim, datuknya sudah meninggal semasa bapanya masih kecil lagi. Jadi bapanya hanya bisa memahami sedikit sahaja pertuturan tanpa turut sama bertutur dalam bahasa Jawa, begitu jugalah Pengasas MISS. Bapanya juga pernah menggunakan nama Jawa sebelum diubah kepada nama yang lebih Islamik. Pengasas MISS pernah tinggal di Labuan selama 5 tahun sebelum kembali semula ke Perak, negeri kelahirannya.

"Usia bukanlah halangan. Daripada usia muda dihabiskan ke arah yang sia-sia, Founder (pengasas) MISS membuktikan usia muda digunakan untuk sesuatu yang baik dan berkat."
- ED/Laksa, Ketua Admin M'sia


Demi memperkenalkan MISS di dunia maya, Pengasas MISS telah melakukan pelbagai usaha untuk mempromosikan page tersebut di facebook. Antaranya, beliau telah memuatnaik (upload) muzik video berjudul "Padi - Sahabat Selamanya" yang pertama di YouTube. Beliau kemudiannya menambah dua lagi video beserta lirik sebagai rujukan lirik di YouTube. Video-video yang dimuatnaik di YouTube beliau sertakan dengan URL ataupun pautan (link) page MISS serta link untuk download lagu "Sahabat Selamanya" dalam format mp3. Di bawah ini disertakan antara video yang diupload dan mp3nya.



Kewujudan page damai, persahabatan, persaudaraan dan serumpun ini selaras dengan usaha kumpulan Padi (Indonesia) dan produksi Upin & Ipin iaitu Les' Copaque (Malaysia) yang bekerjasama dalam usaha menjernihkan kembali hubungan kedua-dua negara serumpun  dan seiman ini. Lalu terciptalah lagu "Sahabat Selamanya" yang kemudiannya diinspirasikan oleh Pengasas MISS untuk membuat satu page yang damai dan aktif berjuang sehingga ke hari ini.

Page tersebut kemudiannya berjaya mendapat tempat di hati pencinta perdamaian. Ia kemudiannya mendapat sokongan daripada salah seorang krew produksi Upin & Ipin, Les' Copaque yang dikenali sebagai "Encik Z" yang juga pentadbir (administrator) kepada page Upin & Ipin di Facebook. Beliau telah mempromosikan page MISS secara sukarela tanpa pengetahuan Pengasas MISS. Pengasas MISS begitu kaget karena melihat anggota MISS bertambah dengan begitu pesat iaitu 3 ribu anggota baru pada hari pertama dipromosikan, 2 ribu pada hari kedua dan seribu anggota baru MISS pada hari ketiga. Keseluruhannya, krew tersebut telah membawa 6 ribu anggota pagenya kepada MISS. Video yang Pengasas MISS buat juga telah dikongsikan (share) di page-page damai yang lain seperti page "Damai Yuk" di mana kewujudan page tersebut telah mendapat liputan meluas di media massa, Indonesia.

Ketika hubungan Malaysia-Indonesia yang semakin memanas, member MISS telah menyebarkan kewujudan page tersebut di forum-forum sosial. Mereka juga yang digelar "Pahlawan Perdamaian" telah menyebarkan kewujudan page tersebut di komunitas sosial lainnya seperti di MySpace, Tagged dan Friendster. Laman sesawang (website) lagu pula telah berkongsi video "Padi - Sahabat Selamanya" yang telah dimuatnaik oleh Pengasas MISS sekaligus mempromosikan MISS di blog dan web mereka. Tidak lupa juga para blogger yang tidak suka negara serumpun ini bertengkar turut sama berkongsikan video tersebut di blog-blog mereka.
Page MISS semakin berkembang pesat menyebabkan kehadiran banyak provokator di page tersebut. Ia menyukarkan Pengasas MISS untuk mentadbir page tersebut seorang diri. Beliau telah mengambil keputusan untuk melantik 3 orang admin dari Indonesia iaitu "DS" (sekarang dikenali sebagai "Sobat Crew") dan "Rizky HP" serta seorang sahabat mesranya yang telah lama dikenalinya menggunakan nama "Indonesia Satu". Beliau juga telah mendapatkan khidmat admin berpengalaman yang juga admin page Upin & Ipin supaya turut sama memajukan page MISS. Namun, kehadiran provokator di setiap menit menyebabkan para admin banyak mendiamkan diri. Hanya Pengasas MISS dan admin DS sahaja yang banyak menangani kehadiran provokator di page tersebut. Sehingga ke hari ini, admin DS masih kekal sebagai admin MISS untuk musim yang terbaru.

Page MISS yang semakin stabil membolehkan pengasas beralih untuk mempromosikan MISS melalui blog pula. Lalu, terciptalah blog MISS yang pertama ber-URL http://malindoss.blogspot.com. Blog MISS ini bertemakan "Sahabat Selamanya" menerusi ikon "Upin & Ipin dan kawan-kawan". Blog ini mendapat sambutan para blogger dan terus digunakan untuk mempromosikan MISS sehingga musim yang ke-3.

Blog MISS kedua pula dicipta pada bulan Disember 2011 dimana MISS sudah memasuki musimnya yang ke-4. Blog tersebut dibangunkan kembali oleh admin dari Indonesia bernama "Abang" dengan bantuan Pengasas MISS sendiri. URL blog terbaru MISS ialah http://officialmiss.blogspot.com. Kandungan blog tersebut pula banyak disumbangkan oleh admin dari Malaysia bernama "Laksa" yang begitu arif tentang permasalahan, bahasa dan budaya kedua-dua negara tercinta ini. MISS musim ke-4 (season 4) coba untuk membentuk identitasnya yang tersendiri melalui blog.

Kehadiran page dan blog tersebut tidak disenangi oleh suara-suara pihak jahat yang tidak suka negara serumpun ini berhubungan baik. Mereka berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan page tersebut. Antaranya menyamar menjadi admin dengan tujuan reputasi page tersebut bisa musnah, cobaan menggodam (hacking), melakukan laporan (report) palsu secara berpakat kepada Facebook, memburukkan page tersebut malah ada yang bergabung di page itu semata-mata mahu mencari kesalahan dan kesilapan para admin MISS. Usaha mereka kemudiannya berhasil setelah berbulan-bulan melakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan dan menutup page tersebut. Akibatnya, page MISS yang pertama pada ketika itu tidak bisa lagi ditadbir dan dikemaskini (update) statusnya karena dinding (wall) pagenya telah ditutup atau disekat oleh pihak Facebook.

Blog MISS pula kemudiannya ditutup secara rasmi pada musim ke-3 memandangkan banyak provokator coba merosakkan keharmonian blog MISS melalui ruang chat di blog tersebut. Hal ini ditambah pula dengan kekurangan admin dan hanya Pengasas MISS seorang sahaja yang hadir
untuk mentadbir blog pada ketika itu.

Page MISS musim ke-2 dan ke-3 pula mengalami nasib yang hampir serupa apabila akaun admin MISS telah digodam (hacked) oleh para provokator. Mereka telah memadam (delete) page MISS melalui akaun admin yang mereka hack. Admin "Laksa" telah mengambil langkah bijak untuk meningkatkan sekuriti page MISS pada musim yang ke-4 dengan bantuan admin "DS/Sobat Crew"

Namun, perjuangan MISS tidak berakhir di situ, admin "DS/Sobat Crew" telah berusaha sedaya-upaya membantu Pengasas MISS di mana semasa itu (akhir tahun 2010) Pengasas MISS mengalami kesulitan dan kekangan masa dek menghadapi peperiksaan besar di Malaysia iaitu Percubaan "Sijil Pelajaran Malaysia" (SPM) dan Peperiksaan Sebenar SPM. Admin "DS/Sobat Crew" telah mencari banyak admin baru yang kemudiannya meneruskan legasi MISS yang masih memakai nama "Malaysia dan Indonesia Sahabat Selamanya (MISS)" untuk musim ke-2, "Malaysia - Indonesia Sahabat Selamanya (MISS)" untuk musim ke-3 dan "Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya (MISS season 4)" iaitu page MISS yang sekarang.

Sepanjang waktu itu, page MISS telah berkembang pesat dan diikuti oleh banyak pihak dengan membuat page yang menggunakan nama yang sama, seakan sama dan page palsu (fake) yang digunakan oleh para provokator untuk mengelirukan anggota lama serta memburukkan nama baik MISS. Jika dicampurkan kesemua admin yang telah dilantik dari MISS musim pertama sehingga yang sekarang ini, lebih 30 orang (campur dari kedua-dua negara) pernah menjadi admin MISS seterusnya menjadikan MISS page persahabatan, perdamaian dan perpaduan serumpun paling aktif abad ini.

Banyak admin MISS dari kedua-dua negara yang sangat luar biasa hebatnya dalam menghidup, memaju dan membawa MISS ke tahap yang lebih baik. Walaupun "online" sebagai aktivitas masa lapang, mereka masih mampu bersatu-padu, bekerjasama, bermesra sesama admin dan member MISS tak kira waktu. Mereka menangani para provokator dengan begitu baik dan mengikut tertib serta aturan yang ditetapkan untuk page MISS. Pengasas MISS sendiri pernah menguji kemampuan para admin MISS dengan menyamar sebagai provokator dan coba mewujudkan permasalahan dalaman dikalangan para admin untuk meninjau sejauh mana kemampuan mereka menangani dan menyelesaikan permasalahan dengan sebaiknya.


Admin MISS
dari Indonesia dan Malaysia bersatu-padu dalam persahabatan demi mengisi segala kekurangan dan bersama-sama memajukan MISS. Antara admin yang banyak merubah MISS ke arah yang lebih baik adalah admin:
  • DS/Sobat Crew - Menjadi admin kepada beberapa page perdamaian di Facebook. Ketua Admin dari Indonesia.
  • BP - Contoh admin paling baik dalam menangani provokator di MISS musim ke-2.
  • TI - Graphic Designer paling kreatif, mempromosikan MISS melalui fotonya sendiri bersama sahabat-sahabatnya dari negara tetangga semasa di MISS musim ke-2.
  • ED/Laksa - Admin paling mesra, aktif, bertanggungjawab serta cekap menguruskan page MISS. Beliau juga telah melantik admin baru dan meningkatkan sekuriti page MISS. Beliau jugalah satu-satunya admin dari Malaysia yang banyak membantu dalam kandungan kuiz di "MISS Award 2011" belakang tadbir. Ketua Admin dari Malaysia.
  • DN/Miss Cute -Memulakan langkah yang berani untuk mencipta Twitter MISS yang pertama.Pengusul kepada "Contest MISS" musim ke-2 dan ke-3. Beliau jugalah yang menyarankan dan membuat "Peraturan Page MISS" sejak MISS musim ke-2 lagi.
  • Abang - Memulakan langkah yang berani untuk mencipta blog MISS yang kedua.
  • Karedok - Admin muda dengan idea-idea yang bernas dan membawa MISS ke dimensi baru. Beliau juga adalah penggiat dan pengusul "MISS Award 2011".
Admin-admin baru pula adalah:
  • Nanas - Admin yang merendah diri dan kaya dengan ilmu pengetahuan tentang sejarah Nusantara dan sekitarnya.
  • Pelita - Admin yang sangat aktif dan mesra, membantu menggiatkan hal ehwal "MISS Award 2011".
Tidak dilupa juga, admin lama MISS iaitu:
  • Ketupat - Banyak membicarakan hal-hal makanan dan budaya kedua-dua negara
  • Miss Ana - Sering berkongsi tentang dunia Islam dan hal-hal berkaitan agama Islam
  • Comel - Coba sedaya-upaya untuk hadir di MISS bagi menghidupkan suasana perdamaian dan mengingatkan kembali member MISS tentang peraturan page MISS.
  • Lah - Admin yang misterius, suka berkongsi hal-hal penting berkaitan MISS sahaja. Jarang muncul di page MISS.
SEKILAS INFO:
* Ketua admin dari Indonesia ialah admin "DS" yang kini dikenali sebagai "Sobat Crew". Manakala, ketua admin dari Malaysia pula ialah admin "ED" yang kini dikenali sebagai admin "Laksa".
* Semua admin harus patuh pada ketua masing-masing bagi memastikan segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar.
* All_Admins - Merujuk kepada sebulat suara semua admin MISS

"Maafkan saya karena tidak menyenaraikan kesemua adminnya. Kebanyakan adminnya tidak sempat untuk saya kenali dan ada daripadanya telah saya terlupakan secara tidak sengaja"- Pengasas MISS



Twitter MISS
dicipta oleh admin dari Indonesia bernama "Miss Cute" yang dahulunya menggunakan nama singkatan "DN". Beliau juga telah banyak menyumbang idea untuk contest MISS di MISS musim ke-2 dan ke-3. Beliau jugalah yang memperkenalkan Peraturan di Page MISS. Twitter MISS dicipta semasa page MISS baru memasuki musim yang ke-4. URL bagi Twitter MISS ialah
http://twitter.com/MISS_Season4.

Untuk info mengenai Logo Rasmi MISS, silahkan rujuk:

Berikut adalah semua rangkaian (network) bagi laman "Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya":
Bersambung... (pada waktu yang lapang)
*Notanya mungkin akan ditambah, dikurangkan atau disusun semula

"MISS tidak dibina dalam sehari, ia memerlukan usaha yang banyak dan berterusan daripada banyak pihak termasuk admin dan member MISS sendiri. Tanpa admin, page itu sama sahaja dengan page anti dan tanpa member yang mendukung, page itu takkan hidup dan maju seperti sekarang ini. Tiada 'kepala' (pengasas) tiadalah 'ekor'nya (pengikut). Namun jika tiada 'badan' (admin-admin MISS) dan 'isi'nya (member MISS), ia tetap tidak berguna jua. Karena andalah yang menjadikannya sebuah page perdamaian paling fenomenal di facebook. Terima kasih karena turut sama menjadi Pahlawan Perdamaian!"

- Oleh Pengasas MISS, "Imran"
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

IP Anda

IP

Arkib Blog

Flag visitor

 

Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya | Hak Cipta Terpelihara 2010-2012 | 'Like' MISS@Facebook | 'Follow' MISS_Season4@Twitter