"Malaysia - Indonesia Sahabat Selamanya". Itulah nama page perdamaian serumpun paling aktif dan fenomenal di Facebook. Namun, tahukah kalian ada sejarah disebaliknya? Kenapa ia bermusim (season)? Kapan ia ditubuhkan? dan siapa pula pengasasnya?
Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya atau singkatannya MISS telah dicipta pada 1 Oktober 2010 di laman sosial Facebook. Pada masa itu, nama halaman (page) tersebut ialah "Malaysia dan Indonesia Sahabat Selamanya". Namanya berubah mengikut musim karena permasalahan page fake "MISS".
Page tersebut dicipta oleh seorang anak muda Malaysia ketika beliau berumur 17 tahun pada tahun 2010. Beliau berketurunan campuran. Bapanya berketurunan Melayu (Perak) dan Jawa dan ada sedikit campuran darah Maindailing. Manakala, ibunya pula berketurunan Melayu Borneo Utara (Labuan, Sabah, Brunei dan Sarawak) serta ada sedikit campuran darah Cina dan India. Walaubagaimanapun, Pengasas MISS lebih kepada Melayu-Jawa dan bisa berbahasa seperti "Orang Labuan". Hal ini karena generasi akhir keluarganya adalah Melayu-Jawa (Bapanya) dan Labuan (Ibu). Namun, Pengasas MISS sendiri tidak bisa berbahasa Jawa. Hal ini karena sejarah bapanya dulu adalah anak yatim, datuknya sudah meninggal semasa bapanya masih kecil lagi. Jadi bapanya hanya bisa memahami sedikit sahaja pertuturan tanpa turut sama bertutur dalam bahasa Jawa, begitu jugalah Pengasas MISS. Bapanya juga pernah menggunakan nama Jawa sebelum diubah kepada nama yang lebih Islamik. Pengasas MISS pernah tinggal di Labuan selama 5 tahun sebelum kembali semula ke Perak, negeri kelahirannya.
"Usia bukanlah halangan. Daripada usia muda dihabiskan ke arah yang sia-sia, Founder (pengasas) MISS membuktikan usia muda digunakan untuk sesuatu yang baik dan berkat." - ED/Laksa, Ketua Admin M'sia
Admin MISS dari Indonesia dan Malaysia bersatu-padu dalam persahabatan demi mengisi segala kekurangan dan bersama-sama memajukan MISS. Antara admin yang banyak merubah MISS ke arah yang lebih baik adalah admin:
* Ketua admin dari Indonesia ialah admin "DS" yang kini dikenali sebagai "Sobat Crew". Manakala, ketua admin dari Malaysia pula ialah admin "ED" yang kini dikenali sebagai admin "Laksa".
* Semua admin harus patuh pada ketua masing-masing bagi memastikan segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar.
* All_Admins - Merujuk kepada sebulat suara semua admin MISS
"Maafkan saya karena tidak menyenaraikan kesemua adminnya. Kebanyakan adminnya tidak sempat untuk saya kenali dan ada daripadanya telah saya terlupakan secara tidak sengaja"- Pengasas MISS
Twitter MISS dicipta oleh admin dari Indonesia bernama "Miss Cute" yang dahulunya menggunakan nama singkatan "DN". Beliau juga telah banyak menyumbang idea untuk contest MISS di MISS musim ke-2 dan ke-3. Beliau jugalah yang memperkenalkan Peraturan di Page MISS. Twitter MISS dicipta semasa page MISS baru memasuki musim yang ke-4. URL bagi Twitter MISS ialah http://twitter.com/MISS_Season4.
"Usia bukanlah halangan. Daripada usia muda dihabiskan ke arah yang sia-sia, Founder (pengasas) MISS membuktikan usia muda digunakan untuk sesuatu yang baik dan berkat." - ED/Laksa, Ketua Admin M'sia
Demi memperkenalkan MISS di dunia maya, Pengasas MISS telah melakukan pelbagai usaha untuk mempromosikan page tersebut di facebook. Antaranya, beliau telah memuatnaik (upload) muzik video berjudul "Padi - Sahabat Selamanya" yang pertama di YouTube. Beliau kemudiannya menambah dua lagi video beserta lirik sebagai rujukan lirik di YouTube. Video-video yang dimuatnaik di YouTube beliau sertakan dengan URL ataupun pautan (link) page MISS serta link untuk download lagu "Sahabat Selamanya" dalam format mp3. Di bawah ini disertakan antara video yang diupload dan mp3nya.
Kewujudan page damai, persahabatan, persaudaraan dan serumpun ini selaras dengan usaha kumpulan Padi (Indonesia) dan produksi Upin & Ipin iaitu Les' Copaque (Malaysia) yang bekerjasama dalam usaha menjernihkan kembali hubungan kedua-dua negara serumpun dan seiman ini. Lalu terciptalah lagu "Sahabat Selamanya" yang kemudiannya diinspirasikan oleh Pengasas MISS untuk membuat satu page yang damai dan aktif berjuang sehingga ke hari ini.
Page tersebut kemudiannya berjaya mendapat tempat di hati pencinta perdamaian. Ia kemudiannya mendapat sokongan daripada salah seorang krew produksi Upin & Ipin, Les' Copaque yang dikenali sebagai "Encik Z" yang juga pentadbir (administrator) kepada page Upin & Ipin di Facebook. Beliau telah mempromosikan page MISS secara sukarela tanpa pengetahuan Pengasas MISS. Pengasas MISS begitu kaget karena melihat anggota MISS bertambah dengan begitu pesat iaitu 3 ribu anggota baru pada hari pertama dipromosikan, 2 ribu pada hari kedua dan seribu anggota baru MISS pada hari ketiga. Keseluruhannya, krew tersebut telah membawa 6 ribu anggota pagenya kepada MISS. Video yang Pengasas MISS buat juga telah dikongsikan (share) di page-page damai yang lain seperti page "Damai Yuk" di mana kewujudan page tersebut telah mendapat liputan meluas di media massa, Indonesia.
Ketika hubungan Malaysia-Indonesia yang semakin memanas, member MISS telah menyebarkan kewujudan page tersebut di forum-forum sosial. Mereka juga yang digelar "Pahlawan Perdamaian" telah menyebarkan kewujudan page tersebut di komunitas sosial lainnya seperti di MySpace, Tagged dan Friendster. Laman sesawang (website) lagu pula telah berkongsi video "Padi - Sahabat Selamanya" yang telah dimuatnaik oleh Pengasas MISS sekaligus mempromosikan MISS di blog dan web mereka. Tidak lupa juga para blogger yang tidak suka negara serumpun ini bertengkar turut sama berkongsikan video tersebut di blog-blog mereka.
Page MISS semakin berkembang pesat menyebabkan kehadiran banyak provokator di page tersebut. Ia menyukarkan Pengasas MISS untuk mentadbir page tersebut seorang diri. Beliau telah mengambil keputusan untuk melantik 3 orang admin dari Indonesia iaitu "DS" (sekarang dikenali sebagai "Sobat Crew") dan "Rizky HP" serta seorang sahabat mesranya yang telah lama dikenalinya menggunakan nama "Indonesia Satu". Beliau juga telah mendapatkan khidmat admin berpengalaman yang juga admin page Upin & Ipin supaya turut sama memajukan page MISS. Namun, kehadiran provokator di setiap menit menyebabkan para admin banyak mendiamkan diri. Hanya Pengasas MISS dan admin DS sahaja yang banyak menangani kehadiran provokator di page tersebut. Sehingga ke hari ini, admin DS masih kekal sebagai admin MISS untuk musim yang terbaru.
Page MISS yang semakin stabil membolehkan pengasas beralih untuk mempromosikan MISS melalui blog pula. Lalu, terciptalah blog MISS yang pertama ber-URL http://malindoss.blogspot.com. Blog MISS ini bertemakan "Sahabat Selamanya" menerusi ikon "Upin & Ipin dan kawan-kawan". Blog ini mendapat sambutan para blogger dan terus digunakan untuk mempromosikan MISS sehingga musim yang ke-3.
Blog MISS kedua pula dicipta pada bulan Disember 2011 dimana MISS sudah memasuki musimnya yang ke-4. Blog tersebut dibangunkan kembali oleh admin dari Indonesia bernama "Abang" dengan bantuan Pengasas MISS sendiri. URL blog terbaru MISS ialah http://officialmiss.blogspot.com. Kandungan blog tersebut pula banyak disumbangkan oleh admin dari Malaysia bernama "Laksa" yang begitu arif tentang permasalahan, bahasa dan budaya kedua-dua negara tercinta ini. MISS musim ke-4 (season 4) coba untuk membentuk identitasnya yang tersendiri melalui blog.

Kehadiran page dan blog tersebut tidak disenangi oleh suara-suara pihak jahat yang tidak suka negara serumpun ini berhubungan baik. Mereka berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan page tersebut. Antaranya menyamar menjadi admin dengan tujuan reputasi page tersebut bisa musnah, cobaan menggodam (hacking), melakukan laporan (report) palsu secara berpakat kepada Facebook, memburukkan page tersebut malah ada yang bergabung di page itu semata-mata mahu mencari kesalahan dan kesilapan para admin MISS. Usaha mereka kemudiannya berhasil setelah berbulan-bulan melakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan dan menutup page tersebut. Akibatnya, page MISS yang pertama pada ketika itu tidak bisa lagi ditadbir dan dikemaskini (update) statusnya karena dinding (wall) pagenya telah ditutup atau disekat oleh pihak Facebook.
Blog MISS pula kemudiannya ditutup secara rasmi pada musim ke-3 memandangkan banyak provokator coba merosakkan keharmonian blog MISS melalui ruang chat di blog tersebut. Hal ini ditambah pula dengan kekurangan admin dan hanya Pengasas MISS seorang sahaja yang hadir untuk mentadbir blog pada ketika itu.
Page MISS musim ke-2 dan ke-3 pula mengalami nasib yang hampir serupa apabila akaun admin MISS telah digodam (hacked) oleh para provokator. Mereka telah memadam (delete) page MISS melalui akaun admin yang mereka hack. Admin "Laksa" telah mengambil langkah bijak untuk meningkatkan sekuriti page MISS pada musim yang ke-4 dengan bantuan admin "DS/Sobat Crew"

Namun, perjuangan MISS tidak berakhir di situ, admin "DS/Sobat Crew" telah berusaha sedaya-upaya membantu Pengasas MISS di mana semasa itu (akhir tahun 2010) Pengasas MISS mengalami kesulitan dan kekangan masa dek menghadapi peperiksaan besar di Malaysia iaitu Percubaan "Sijil Pelajaran Malaysia" (SPM) dan Peperiksaan Sebenar SPM. Admin "DS/Sobat Crew" telah mencari banyak admin baru yang kemudiannya meneruskan legasi MISS yang masih memakai nama "Malaysia dan Indonesia Sahabat Selamanya (MISS)" untuk musim ke-2, "Malaysia - Indonesia Sahabat Selamanya (MISS)" untuk musim ke-3 dan "Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya (MISS season 4)" iaitu page MISS yang sekarang.
Sepanjang waktu itu, page MISS telah berkembang pesat dan diikuti oleh banyak pihak dengan membuat page yang menggunakan nama yang sama, seakan sama dan page palsu (fake) yang digunakan oleh para provokator untuk mengelirukan anggota lama serta memburukkan nama baik MISS. Jika dicampurkan kesemua admin yang telah dilantik dari MISS musim pertama sehingga yang sekarang ini, lebih 30 orang (campur dari kedua-dua negara) pernah menjadi admin MISS seterusnya menjadikan MISS page persahabatan, perdamaian dan perpaduan serumpun paling aktif abad ini.
Banyak admin MISS dari kedua-dua negara yang sangat luar biasa hebatnya dalam menghidup, memaju dan membawa MISS ke tahap yang lebih baik. Walaupun "online" sebagai aktivitas masa lapang, mereka masih mampu bersatu-padu, bekerjasama, bermesra sesama admin dan member MISS tak kira waktu. Mereka menangani para provokator dengan begitu baik dan mengikut tertib serta aturan yang ditetapkan untuk page MISS. Pengasas MISS sendiri pernah menguji kemampuan para admin MISS dengan menyamar sebagai provokator dan coba mewujudkan permasalahan dalaman dikalangan para admin untuk meninjau sejauh mana kemampuan mereka menangani dan menyelesaikan permasalahan dengan sebaiknya.
Admin MISS dari Indonesia dan Malaysia bersatu-padu dalam persahabatan demi mengisi segala kekurangan dan bersama-sama memajukan MISS. Antara admin yang banyak merubah MISS ke arah yang lebih baik adalah admin:
- DS/Sobat Crew - Menjadi admin kepada beberapa page perdamaian di Facebook. Ketua Admin dari Indonesia.
- BP - Contoh admin paling baik dalam menangani provokator di MISS musim ke-2.
- TI - Graphic Designer paling kreatif, mempromosikan MISS melalui fotonya sendiri bersama sahabat-sahabatnya dari negara tetangga semasa di MISS musim ke-2.
- ED/Laksa - Admin paling mesra, aktif, bertanggungjawab serta cekap menguruskan page MISS. Beliau juga telah melantik admin baru dan meningkatkan sekuriti page MISS. Beliau jugalah satu-satunya admin dari Malaysia yang banyak membantu dalam kandungan kuiz di "MISS Award 2011" belakang tadbir. Ketua Admin dari Malaysia.
- DN/Miss Cute -Memulakan langkah yang berani untuk mencipta Twitter MISS yang pertama.Pengusul kepada "Contest MISS" musim ke-2 dan ke-3. Beliau jugalah yang menyarankan dan membuat "Peraturan Page MISS" sejak MISS musim ke-2 lagi.
- Abang - Memulakan langkah yang berani untuk mencipta blog MISS yang kedua.
- Karedok - Admin muda dengan idea-idea yang bernas dan membawa MISS ke dimensi baru. Beliau juga adalah penggiat dan pengusul "MISS Award 2011".
Admin-admin baru pula adalah:
- Nanas - Admin yang merendah diri dan kaya dengan ilmu pengetahuan tentang sejarah Nusantara dan sekitarnya.
- Pelita - Admin yang sangat aktif dan mesra, membantu menggiatkan hal ehwal "MISS Award 2011".
Tidak dilupa juga, admin lama MISS iaitu:
- Ketupat - Banyak membicarakan hal-hal makanan dan budaya kedua-dua negara
- Miss Ana - Sering berkongsi tentang dunia Islam dan hal-hal berkaitan agama Islam
- Comel - Coba sedaya-upaya untuk hadir di MISS bagi menghidupkan suasana perdamaian dan mengingatkan kembali member MISS tentang peraturan page MISS.
- Lah - Admin yang misterius, suka berkongsi hal-hal penting berkaitan MISS sahaja. Jarang muncul di page MISS.
* Ketua admin dari Indonesia ialah admin "DS" yang kini dikenali sebagai "Sobat Crew". Manakala, ketua admin dari Malaysia pula ialah admin "ED" yang kini dikenali sebagai admin "Laksa".
* Semua admin harus patuh pada ketua masing-masing bagi memastikan segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar.
* All_Admins - Merujuk kepada sebulat suara semua admin MISS
"Maafkan saya karena tidak menyenaraikan kesemua adminnya. Kebanyakan adminnya tidak sempat untuk saya kenali dan ada daripadanya telah saya terlupakan secara tidak sengaja"- Pengasas MISS
Twitter MISS dicipta oleh admin dari Indonesia bernama "Miss Cute" yang dahulunya menggunakan nama singkatan "DN". Beliau juga telah banyak menyumbang idea untuk contest MISS di MISS musim ke-2 dan ke-3. Beliau jugalah yang memperkenalkan Peraturan di Page MISS. Twitter MISS dicipta semasa page MISS baru memasuki musim yang ke-4. URL bagi Twitter MISS ialah http://twitter.com/MISS_Season4.
Untuk info mengenai Logo Rasmi MISS, silahkan rujuk:
Berikut adalah semua rangkaian (network) bagi laman "Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya":
- 'Like' Facebook Page: http://fb.me/sebarkandamaibersamaMISS
- 'Sertai Tapak' Blog Rasmi MISS: http://officialmiss.blogspot.com/
- 'Follow' Twitter MISS: http://twitter.com/MISS_Season4
- Ayo pasang "Logo Rasmi MISS": http://www.picbadges.com/m-i-s-s/2446739
Bersambung... (pada waktu yang lapang)
*Notanya mungkin akan ditambah, dikurangkan atau disusun semula
*Notanya mungkin akan ditambah, dikurangkan atau disusun semula
"MISS tidak dibina dalam sehari, ia memerlukan usaha yang banyak dan berterusan daripada banyak pihak termasuk admin dan member MISS sendiri. Tanpa admin, page itu sama sahaja dengan page anti dan tanpa member yang mendukung, page itu takkan hidup dan maju seperti sekarang ini. Tiada 'kepala' (pengasas) tiadalah 'ekor'nya (pengikut). Namun jika tiada 'badan' (admin-admin MISS) dan 'isi'nya (member MISS), ia tetap tidak berguna jua. Karena andalah yang menjadikannya sebuah page perdamaian paling fenomenal di facebook. Terima kasih karena turut sama menjadi Pahlawan Perdamaian!"
- Oleh Pengasas MISS, "Imran"
- Oleh Pengasas MISS, "Imran"