Khamis, 5 Januari 2012

Permasalahan Perkataan "INDON"


Perkataan "Indon" yang diungkapkan oleh warganegara Malaysia untuk merujuk kepada orang Indonesia telah menimbulkan pertikaian yang bukan sedikit kesannya terhadap perhubungan antara dua negara. Moga-moga dengan artikel ini dapat merungkai apa yang sebenarnya berlaku.

Asal-Usul Nama "Indonesia"

Bangsa-bangsa Eropah menganggap Kepulauan Melayu dan sekitarnya adalah Kepulauan India atau Hindia Timur. Menyedari bahawa panggilan Hindia itu tidak tepat, maka seorang ahli etnologi bangsa Inggris, George Samuel Windsor Earl (1813-1865) mengajukan dua pilihan nama iaitu Malayunesia atau Indunesia (Nesos dalam bahasa Yunani bermaksud pulau) dalam artikelnya yang dimuat dalam majalah ilmiah tahunan, Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia edisi tahun 1850.

Akhirnya nama Indonesia (yang berasal dari Indunesia) dipilih dan digunakan oleh James Richardson Logan seorang sarjana hukum juga dalam majalah yang sama dan semenjak itu nama Indonesia digunakan dengan meluas dan akhirnya dinobatkan sebagai nama tanah air, bangsa, dan bahasa pada rapat umum pemuda dan pemudi Indonesia tanggal 28 Oktober 1928, yang kini dikenali dengan sebutan Sumpah Pemuda.

Asal-usul Penggunaan Nama "Indon" di Malaysia

Pada pertengahan tahun 1980-an, Malaysia mengalami kepesatan pembangunan dan ekonomi sehingga mengalami masalah kekurangan tenaga kerja terutama di sektor pembinaan. Untuk mengatasi masalah itu, ramai tenaga kerja dari Indonesia (TKI) dibawa masuk untuk mengisi kekosongan tersebut.

Apabila ditanya oleh rakyat Malaysia mengenai asal mereka, TKI ini akan menyebut yang mereka berasal dari "Indon" dan dari situlah perkataan itu mula meluas digunakan. Pada waktu itu, hubungan Malaysia dan Indonesia masih belum memanas dan perkataan ini masih belum menjadi kontroversi sehingga ia benar-benar lekat di lidah orang Malaysia.

Perkataan ini menjadi sangat popular digunakan kerana orang Malaysia umumnya amat gemar memendekkan perkataan semasa mereka berbual. Contoh lain ialah:

1) Bangladesh - Bangla
2) dekat - kat
3) macam - cam
4) Malaysia - Mesia

dan lain-lain lagi. Ia langsung tidak membawa apa-apa maksud selain dari itu.

Kalau begitu, Kenapa tak digunakan "INDO"?

Perkataan Indo agak asing di telinga dan sebutan lidah orang-orang Malaysia kerana ia mirip dengan sebutan perkataan "Hindu" yang merujuk kepada agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat India di Malaysia.

Walaupun begitu, jika perkataan ini terus digunakan dari masa ke semasa untuk menggantikan perkataan "Indon", lambat-laun ia pasti akan lekat di telinga dan lidah orang Malaysia.

Kenapa perkataan "Indon" tidak boleh digunakan?

Panggilan "Indon" itu bermaksud budak suruhan asal Indonesia. Panggilan ini tidak disenangi kerana sebutannya juga amat janggal dalam kebiasaan sebutan bahasa Indonesia/ dialek Jawa. Panggilan Indon dirasakan satu penghinaan dan menjatuhkan maruah bangsa Indonesia.


*Orang Malaysia memangil Pembantu Rumah sebagai "Bibik" dan bukannya "Indon"


Jadi apa Penyelesaiannya?


"Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina), dan jangan pula perempuan-perempuan (menghina) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dihina) lebih baik dari perempuan (yang menghina).
Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk..." [Al-Hujurat 49: 11]

Islam
sudah menunjukkan panduan dan penyelesaian kepada kita. Panggillah nama saudara kita dengan nama yang baik dan mereka sukai. Untuk itu, mari sama-sama kita menggantikan perkataan "Indon" kepada panggilan bersesuaian seperti RI, INA, INDO atau Indonesia. Mungkin masih ramai yang menggunakan perkataan "Indon" kerana ia sudah sebati dengan lidah mereka dan mereka tiada niat menghina. Oleh itu, maafkanlah mereka dan katakan pada mereka, panggillah dengan nama bersesuaian. Lama-kelamaan, InsyaAllah perkataan itu akan ditinggalkan.
Sila rujuk gambar di bawah untuk panggilan yang lebih tepat.


Sumber Gambar: Cikgu Azzudin Berkata
- Oleh Admin Laksa
AYO KOMENTAR via FACEBOOK [KLIK]

IP Anda

IP

Arkib Blog

Flag visitor

 

Malaysia-Indonesia Sahabat Selamanya | Hak Cipta Terpelihara 2010-2012 | 'Like' MISS@Facebook | 'Follow' MISS_Season4@Twitter